Politik

Duta Khas: Hadi guna pengalaman bantu kerajaan pimpin agenda ummah

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin melantik beliau sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah.

Abdul Hadi berkata, beliau akan memanfaatkan pengalaman yang ada untuk membantu kerajaan memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat.

“Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat,” kata Abdul Hadi.

[BACA ARTIKEL] Abdul Hadi dilantik Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf menteri

Abdul Hadi dilantik sebagai Duta Khas Perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri. Pelantikan tersebut diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Abdul Hadi yang tidak tersenarai menganggotai Kabinet Pakatan Nasional pernah berkata, Pas tidak meletakkan apa-apa syarat dan beliau tidak ada masalah jika tidak dilantik sebagai menteri dan boleh kembali ke kampung menjadi nelayan.

Kabinet yang dibentuk katanya perlu terdiri mereka yang berwibawa dan berintegriti ini adalah penting untuk memulihkan keadaan negara.

Tambah beliau, matlamat utama adalah untuk menyelamatkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Oleh itu katanya kerajaan tidak terburu-buru dan memperhalusi satu persatu termasuk melihat kembali apa janji-janji kerajaan terdahulu dan tidak ada masalah untuk dilaksanakan jika ia baik. -SM

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button