Luar Negara

Duta AS, 9 yang lain dikehendaki keluar dari Turki

Presiden Turki Tayyip Erdogan telah mengarahkan kementerian luarnya untuk mengisytiharkan Duta Amerika Syarikat ke Turki sebagai “persona non grata” dalam ucapan Sabtu di bandar barat laut Eskisehir.

Turki turut menarik balik perlindungan diplomatik terhadap duta dari Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland dan New Zealand.

Kesemua mereka kini menjadi individu yang tidak dikehendaki di Turki dan dihalang daripada memasuki negera itu.

“Saya memberi arahan yang diperlukan kepada menteri luar kami dan berkata apa yang mesti dilakukan. ’10 duta ini mesti diisytiharkan sebagai persona non grata sekaligus. Mereka perlu keluar dari negara ini dengan segera’,” kata Erdogan pada hari Sabtu.

Tindakan itu dibuat selepas 10 negara barat itu menggesa ahli perniagaan Turki, Osman Kavala dibebaskan dari penjara awal minggu ini, berikutan telah ditahan hampir empat tahun.


Kavala telah dipenjarakan sejak akhir 2017 dan didakwa atas protes 2013 di seluruh negara yang diikuti dengan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.

Kerajaan Turki masih belum mensabitkan Kavala dan beliu telah menafikan semua pertuduhan.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa telah berulang kali meminta pembebasan Kavala dan ahli politik Kurdi Selahattin Demirtas, yang juga ditahan sejak 2016.

Kumpulan itu mendakwa kedua-dua lelaki telah ditahan atas sebab politik dan bukannya pelanggaran undang-undang.-SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button