Ekonomi

Naratif Ekonomi MADANI akan dilancar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal melancarkan naratif ekonomi madani.

Anwar berkata demikian setelah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2023. Mesyuarat pada kali ini telah meneliti pembentangan dari Bank Negara Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Majlis Penasihat Kementerian Kewangan (ACFIN).

Ia antara lain akan menyenaraikan tumpuan pertumbuhan negara sebagai panduan kepada sektor awam, swasta dan pelabur untuk bersama-sama memacu aspek daya saing dan kelangsungan ekonomi negara.

Mesyuarat membincangkan kedudukan semasa dan unjuran ekonomi negara, mengambil kira pelbagai tantangan yang perlu didepani dengan cermat terutamanya melibatkan tantangan struktur ekonomi negara serta ekonomi dunia.

Selain itu, MTEN juga telah mengenalpasti reformasi-reformasi ekonomi khusus yang akan diputuskan dalam mesyuarat MTEN akan datang untuk mewujudkan ekonomi bernilai tinggi yang mampan, menambahbaik liputan keselamatan sosial melalui pendekatan pengupayaan rakyat, dan reformasi pasaran kerja untuk meningkatkan gaji pekerja secara berkala.

Mesyuarat bersetuju bahawa negara memerlukan pembaharuan dan penstrukturan semula ekonomi untuk menangani cabaran struktural ekonomi.

Sehubungan itu, Kerajaan dijangka akan meluncurkan “Naratif Ekonomi Madani” menjelang bulan Ogos tahun ini.

Mesyuarat juga membincangkan mengenai Hala Tuju Peralihan Tenaga yang akan dipandu oleh rencana tindakan hala tuju bagi memastikan inisiatif yang akan dilaksanakan memberi dampak yang berganda kepada ekonomi negara.

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button