Politik

DUN di tiga negeri bawah PH tidak akan ikut jika Parlimen dibubarkan

PAKATAN Harapan (PH) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah pentadbiran mereka jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Parlimen.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada pemimpin di negeri itu untuk fokus kepada kebajikan rakyat yang kini menghadapi banjir.

Tiga negeri berkenaan adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
“Keputusan mesyuarat Majlis Presiden hari ini, ketiga-tiga negeri yang dipimpin PH akan menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa menghadapi bencana banjir.
“Oleh demikian, mereka tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir. Mereka ada ruang menetapkan pembubaran DUN selepas itu. Mereka takkan bersama kerajaan Persekutuan seandainya PRU diadakan semasa banjir,” katanya. – SM 
(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button