Politik

Jamawi nafi sertai Parti Cinta Sabah

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Tenom, Sabah. Jamawi Jaafar menafikan beliau menyertai Parti Cinta Sabah (PCS), yang diketuai bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

“Itu tidak betul, saya bersama Barisan Nasional/Perikatan Nasional,” katanya seperti yang dipetik dari The Star.

Bagaimanapun Jamawi tidak menyatakan parti mana di bawah BN dan PN yang beliau akan sertai.

UMNO Sabah belum membuat apa-apa keputusan mengenai kedudukan semua bekas ADUN yang berubah arah selepas kerajaan negeri di ketuai BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jamawi juga antara 33 ADUN yang hadir pada pertemuan di rumah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dalam cubaan untuk mengambil alih kerajaan negeri.

 

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button