Rencah Hidup

Duit tidak cukup, bapa tawar durian untuk beli mainan anak

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Kasihnya seorang ayah sanggup buat apa sahaja untuk memberikan yang terbaik demi anak-anak.

Begitulah pengalaman seorang peniaga mainan berkongsi kisah seorang bapa yang sanggup menawarkan durian sebagai ganti untuk membayar harga mainan yang dibeli untuk anak-anak.

Kejadian tersebut telah dikongsi oleh pengguna akaun Harga Rapat di laman Facebook.

Menerusi pengkongsian tersebut, peniaga tersebut telah didatangi seorang lelaki bersama empat orang anaknya untuk membeli beberapa jenis mainan tetapi tidak cukup duit.

“Semalam masa kami berniaga, datang seorang abang bersama empat orang anaknya dan beritahu ingin membeli mainan tapi duit tidak cukup.

“Abang itu maklumkan dia berniaga durian. Jadi dia tanya boleh tak nak tukar dengan durian sebab anak dia dah lama teringin nak main dron,” katanya.

Peniaga tersebut berkata, pada awalnya dia terkejut dengan permintaan lelaki tersebut tetapi akhirnya dia bersetuju menerima tawaran itu.

“Kami saling berpandangan, akhirnya saya setuju dengan abang itu, janji anak-anak dia gembira.

“Bila dikira harga mainan dekat RM200 juga termasuk harga dron dan beberapa mainan-mainan kecil lain untuk kesemua anaknya.

“Kemudian dia balik ambik durian dam datang semula hantar kepada saya, sekali dia bagi jenis musang king dan beberapa durian lain seperti D24,” katanya.

Peniaga itu berkata, dia puas apabila dapat membantu lelaki itu menggembirakan anak-anaknya .

“Bila tengok muka anak dia semua seronok dan sekali-sekala aku tenung wajah lelaki itu nampak dia tersenyum puas dapat beli mainan untuk anak.

“Hati aku puas dapat bantu seorang bapa gembirakan anak-anak dia, tak dapat duit, dapat musang king pun Alhamdulillah.

Tambahnya, pengajaran daripada kejadian itu, sayang dan hargai ibu bapa yang membesarkan kita kerana kita tidak tahu apa yang telah mereka lalui untuk pastikan dimana kita hari ini. -SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button