Rencah Hidup

Duit roboq: Perlu ada pilih kasih?

BANTUAN berupa sagu hati di bulan Ramadan mungkin berbeza dari satu negeri ke satu negeri.

Kadangkala tu bukan soal banyak atau sedikit bantuan sagu hati berupa duit yang diterima oleh penerima tetapi bagi warga emas, inilah yang boleh menggembirakan hati mereka.

Yalah, dalam keadaan di mamah usia, kudrat tidak lagi sekuat mana ketika muda-muda dulu, jika dapat duit saguhati setahun sekali di bulan Ramadan, terukir senyuman tanda diri masih dihargai.

Bagaimanapun, pembahagian bantuan saguhati ini setiap tahun menjadi perbualan kerana ada yang sepatutnya dapat, tidak dapat.

Manakala yang tak patut dapat, alih-alih, dapat. Jadu, warga emas yang sepatutnya dapat, terkebil-kebil melihat penerima yang lebih muda usianya dan berkudrat, tersengih-sengih mengira duit saguhati.

Menjadi Rencah Hidup, dikongsikan catatan seorang kenalan di status Facebooknya tentang pemberian duit saguhati atau dipanggil duit goboq di negeri utara tanah air.

Dulu masa kecik-kecik orang tua-tua cukup syok time bulan posa ni termasuk aruah tok aku la. Ni la time depa dapat duit “roboq”– macam sagu hati la (aku kata dua raya n advance utk tok-tok di kampung).

Zaman kita PKP la ni kira mcm duit BPN mcm tu la lebih kurang.

Tapi tu la telinga aku pun mcm nipis jg la & tangan ni terpanggil juga nak menulis kat wall FB (inilah pun tintisan tinta terakhir yg aku ada).

Bukan sebab mak aku pun tiada dalam senarai tahun ini, tapi berlaku perkara yg sama ke atas mak menakan, tok-tok dan warga emas yg aku kenai yang lain (ini bukan melibatkan kariah aku sahaja ya).

Setakat ini tiada alasan diberikan kepada penama berkenaan sebab nama dipotong.

Untuk mak pula aku tahu gagal bila buat semakan di kaunter pembayaran zakat semalam.

Yang lain-lain (hasil percakapan di telefon) katanya setiap tahun depa akan dipanggil untuk hadir di majlis penyerahan duit “roboq” ni tapi tahun ni senyap (tak ada la tu).

Tapi depa kata sahabat handai lain yang muda, bergaya lagi kuat tulang empat keratnya untuk bekerja, layak la pula. (Aku pula memang nampak dengan jelas pemandangan ini bila bawa mak pada majlis penyerahan ini tahun lepas – sebilangan penerimanya orang asing (jiran sebelah).

Mudah cerita – aku tengok yg pihak berwajib yang atas tu ok ja.

Tapi yg diberikan amanah tu – tukang dok agih ni memang lain mcm penilaian dia. Kalau kita kata dok berat geng depa – melompat pula mcm 🐒. Memang pun aku peduli apa 😡.

Tak pa la mak dan warga tua yang lain, gitulah nasib dah jadi bagai Quran buruk. Makin lama makin tak dipedulikan hak sebagai warga berdaulat.

Tapi ingat kita yg masih muda ni akan jadi tua kerepot dan lemah juga jika Allah izinkan umur panjang.

Jangan kecilkan hati depa, esok-esok orang muda akan kecilkan hati kita pula. – SM

(Visited 2,445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button