JenayahNasional

Pelawak biadap Jocelyn Chia lekehkan Malaysia sekali lagi

STAND up comedian yang berasal dari Singapura, Jocelyn Chia sekali lagi memilih Malaysia untuk diperlekehkannya dalam bahan lawak susulan tindakan biadap kumpulan The 1975 yang membuat persembahan di ibu negara, baru-baru ini.

Chia memperlekeh kerajaan Malaysia menerusi ciapan Twitter akaun peribadinya semalam yang turut mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak mengarahkan Interpol menahan kumpulan dari Britain itu dan secara sinis mengalu-alukan vokalis kumpulan tersebut, Matty Healy masuk dalam senarai individu yang disenarai hitam oleh negara ini sebagaimana pernah dihadapinya.

Kurang ajar dan biadap sungguh Chia kerana ketandusan modal untuk dijadikan bahan lawak yang tidak lucu langsung apabila dia terus memperlekehkan Malaysia selepas menghina lebih 32 juta rakyat negara ini termasuk tragedi pesawat MH320.

“Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Namun mana arahan supaya dia ditahan dan Interpol digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?

“Adakah Malaysia telah melonggarkan undang-undang sedia ada…atau apa sebenarnya…,” kata Chia yang digelar nyonya atau ahso (dalam bahasa Cina) dalam ciapan menerusi akaun Twitternya, @JocelynChia.

Ciapan berkenaan bagaimanapun hanya mendapat 34 tanda suka atau like daripada golongan netizen yang mengikuti platform Twitter dengan kebanyakan pengguna Twitter bertindak mengecam kenyataan pelawak wanita biadap itu.

Sementara itu, Pengguna Twitter, @Jailo berkata, pelawak itu sebenarnya berada dalam keadaan terdesak dan mahukan perhatian ramai.

“Alahai nyonya ni…sibuk sangat dengan Malaysia ek…kesiann…obsessed dengan Malaysia…hihi,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @AnuarMahyu pula meminta supaya pelawak wanita yang memalukan golongan stand up comedian itu tidak lagi mencetuskan kontroversi.

Chia, carilah bahan yang lebih memaparkan kebijaksanaan atau dalam erti kata lain, reflects some intelligence for your stand up comedy.

Bahan picisan yang menjadi pilihan Chia, warganegara Amerika ini tidak ada standard berbanding dengan bahan lawak yang disajikan oleh pelawak dari negara Singapura seperti Kumar.

Chia memang tiada kesedaran kemanusiaan, tidak berhemah dan langsung tidak sensitif dengan persekitaran kerana hidupnya umpama katak di bawah tempurung.

Kerajaan Malaysia harus terus mengharamkan kemasukan Chia ke negara ini dan dia sememangnya langsung tidak dialu-alukan sekiranya ada hasrat mahu datang ke Malaysia. – SM

BACA Jocelyn Chia pelawak Singapura yang biadap
BACA Haramkan pelawak Jocelyn Chia masuk Malaysia

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button