Politik

Sumbangan wang jaminan Guan Eng hampir RM4 juta

KUTIPAN derma ‘Solidariti bersama Lim Guan Eng’ yang dilancarkan pada 8 Ogos yang lepas kini mencecah hampir RM4 juta.

Menurut Facebook rasmi DAP, sumbangan yang diterima bekas ketua menteri Pulau Pinang itu setakat pukul 12 tengah malam tadi berjumlah RM3,947,000

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, dana untuk menanggung kos bayaran ikat jamin Lim Guan Eng untuk ketiga-tiga pertuduhan terhadap beliau minggu lepas.

“Respons yang ditunjukkan ini telah melangkaui semua jangkaan.

“Perkara ini menunjukkan yang rakyat amat marah terhadap penganiayaan politik daripada mereka yang berkuasa terhadap Lim Guan Eng sedangkan kes tersebut tidak mempunyai sebarang merit,” kata Tony Pua.

Guan Eng berhadapan tiga pertuduhan melibatkan rasuah dan dikenakan jaminan lebih RM1 juta.

Pada 7 April dia didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Pada 10 April, dia dituduh menggunakan kedudukannya untuk wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Pada 11 April Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya, Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng juga turut dituduh atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada sebuah syarikat ke akaun bank miliknya.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, dengan menerima wang masing-masing berjumlah RM87,009; RM180,000 dan RM105,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.-SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button