Rencah Hidup

Dugaan yang akhirnya menjadi sumber pendapatan

Setiap perniagaan pastinya ada rintangan serta cabaran yang perlu ditempuhi. Luarannya nampak tenang, tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu.

Begitu juga kisahnya dengan ahli perniagaan, Rosniwati Baharom, 45, yang kini giat mengusahakan produk kesihatan kulit Saapuu.

Mengimbas kembali perjalanan kehidupannya dalam perniagaan sejak 2003, Rosniwati mengakui hanya kesabaran dan sikap tidak berputus asa yang menjadi penguat semangat hidupnya.

“Kalau nak diimbas semula, saya mula menceburi dunia bisnes ini sejak tahun 2003 dengan hanya mengambil upah menjahit baju dan membantu emak berniaga di pasar sahaja.

“Saya dan suami hanya golongan biasa sahaja yang mana sebelum berkahwin saya menjahit baju dan membantu emak saya berniaga di pasar awam,” katanya.

Menurutnya, karier perniagaannya bermula selepas memutuskan untuk berhenti daripada kerja dan memberanikan diri menyewa kedai dengan hasil pinjaman yang diperolehi daripada MARA.

Namun ujarnya, terlibat dengan bidang andaman bukanlah sesuati yang mudah kerana dia hanya terlibat dengan bidang jahitan sahaja manakala pesaing lain sudah lebih ke hadapan daripadanya.

“Perniagaan saya mula terjejas dan ditambah pula dengan suami yang mula ditimpa masalah kesihatan, membuatkan dia terpaksa membahagikan fokusnya pada perniagaan dan menjaga suami.

“Suami ketika itu mengalami masalah psoriasis dan gout yang menyebabkan pergerakan serta penglihatannya terganggu.

“Kemudian, suami saya telah disahkan menghidap penyakit saraf iaitu Rheumato Attritis (RA) serta penyakit goutnya kian aktif,” katanya.

Tidak mahu segala ujian itu menjadi penghalang, Rosniwati dan suaminya nekad untuk bangkit dan menubuhkan jenama Saapuu di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd serta memiliki produk mereka sendiri.

Rosniwati bersama produknya, Saapuu.

Produk yang telah dipasarkan mereka sejak bulan Jun tahun lalu telah dijenamakan semula dan dilancarkan sekitar bulan Disember tahun lalu.

Menurutnya, produknya mengandungi pelbagai ramuan asli dan organik antaranya ialah Aloe Vera, Daun Bidara, Curcumin, Minyak Argan serta madu.

“Produk Saapuu ini adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.

“Suami saya adalah merupakan antara testimoni awal kerana dia mengalami penyakit Psoriasis yang mula dihadapinya pada tahun 1998,” katanya.

Tambahnya, suaminya menemukan produk yang sesuai digunakan untuk kulitnya yang mana setiap kali menggunakannya kegatalan dan psoriasis dia jarang-jarang sangat keluar dan ia secara tidak langsung mengurangkan kegatalan.

“Selepas suami menggunakan produk itu selama beberapa tahun, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk ini agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya mereka yang menghidap psoriasis.” katanya.

Ujarnya, produk yang digunakan suaminya sebelum ini dibuat secara tradisional dan agak leceh serta memakan masa untuk membuatnya.

Tempohnya juga agak singkat kerana tidak boleh simpan lama dan susah untuk dibawa ke mana-mana. Selepas mereka berbincang, mereka telah bercadang untuk mengeluarkan produk berkenaan.

“Set rangkaian produk Saapu dihadirkan dalam dua jenis iaitu dalam bentuk gel sabun dan gel sapu. Harga untuk dua produk itu dalam lingkungan harga RM150. Kita juga jual secara berasingan untuk dengan harga istimewa.

“Ada yang anggap harga produk ini mahal di saat situasi pandemik Covid-19. Tapi jika mahu dibandingkan dengan kualiti dan manfaatnya, harga yang ditawarkan cukup berbaloi.

“Malah kita juga mahu terus berusaha melakukan penjenamaan untuk produk ini secara habis-habisan. Kalau diizinkan saya sendiri mahu digelar Ratu Saapuu.

“Kita juga ada strategi menawarkan hadiah termasuk wang tunai untuk stokis, agen, dropship dan pembeli,” katanya.

Kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kulit amat disarankan untuk mencuba produk Saapuu. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.saapuu.com. -SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button