Politik

Senarai calon BERSATU kini di peringkat akhir

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini di peringkat akhir untuk menyenaraikan calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya, Datuk Dr Radzi Jidin.

“Senarai calon sedang diteliti di peringkat akhir dan kita pilih calon terbaik yang boleh membawa kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon parti.

Beliau memberitahu media demikian selepas melepaskan peserta Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Ketiga Putrajaya-Genting Highlands, hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan berkata, beliau menunggu keputusan parti mengenai perkara itu.

“Insya-Allah, apa sahaja diumum parti saya akan patuh dan apa yang parti minta, saya akan buat,” katanya.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button