Mahkamah

Kelab Komedi Crackhouse diberi kebenaran mencabar semula tindakan DBKL

PEMILIK Kelab Komedi Crackhouse hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik semula lesen perniagaan premis berkenaan.

Dua orang pemilik kelab itu, Mohammad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram diberi kebenaran oleh hakim, Datuk Amarjeet Singh, mencabar tindakan DBKL yang tidak membenarkan mereka daripada memulakan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup.

Mereka juga memohon satu perintah membatalkan keputusan itu atas alasan mereka mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah dalam bandar raya ini.
Dalam masa yang sama turut mendakwa bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang surat atau notis rasmi daripada DBKL mengenai perkara itu.

Mahkamah yang mendengar permohonan itu secara dalam kamar hari ini menetapkan 6 Jun ini bagi pengurusan kes.

Peguam mewakili pemilik kelab itu, Sangeet Kaur Deo berkata, pada yang sama pihaknya menarik semula tindakan undang-undang terhadap tiga lagi responden.

Iaitu bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan.

Mohamad Rizal sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini pada 22 Julai 2022 terhadap tiga pertuduhan jenayah iaitu membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu tular klip vedio yang menunjukkan seorang wanita menanggalkan baju kurung yang dipakainya dan turut mendedahkan pakaian di dalamnya, semasa membuat persembahan komedi di kelab itu.

Wanita hina Islam di Kelab komedi Crackhouse

Namun wanita bernama Siti Nuramira Abdullah,didenda RM8,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bulan lepas selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata dengan niat sengaja menyinggung perasaan orang lain. – SM

Artikle Berkaitan

Pemilik Kelab Komedi Crackhouse mohon Mahkamah batalkan keputusan DBKL

Selain disenarai hitam seumur hidup, ini nasib yang menimpa pemilik Crackhouse Comedy!

Pelawak didakwa dengan tiga pertuduhan hantar komunikasi jelek

LFL anjur kutip dana untuk wanita hina Islam di kelab komedi dan pasangannya RM40, 000

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button