Politik

Bertanya pun kena saman – Puad Zakarshi

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta agar pihak berkuasa tidak menggunakan darurat untuk menghalang rakyat untuk bertanya dan minta penjelasan.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu berkata, tidak seharusnya seseorang disaman hanya kerana bertanya untuk mendapatkan penjelasan.

“Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. Bertanya pun kena saman?” katanya.

Semalam Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan Mohd Puad yang disifatkan sebagai fitnah terhadap Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana perdana menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari lawatan rasmi di Jakarta, Jumaat lalu.

Menurut kenyataan itu, Muhyiddin kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Pejabat Perdana Menteri menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mohd Puad sekiranya beliau gagal memohon maaf secara terbuka.

Dalam kenyataan terbaharu, Mohd. Puad mempersoalkan tindakan menteri membuat perintah menggunakan Warta Persekutuan.

“Tetapi apakah itu yang membolehkan Menteri buat “Perintah” guna Warta Persekutuan? Contoh, menteri yang balik dari luar negara akan dikurantin 3 hari bukan lagi 10 hari.

“Apakah itu tujuan darurat? Untuk memenuhi keperluan dan keselesaan Menteri?” tanya Mohd. Puad.

Sebelum itu Mohd. Puad dalam satu hantaran yang lain mengaitkan pengeluaran Warta Kerajaan Persekutuan terbaru di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 dengan kepulangan deligasi Perdana Menteri dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Warta itu menyatakan Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi di luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.

“Tiba tiba sahaja Menteri Kesihatan keluar surat. Semua Menteri balik bertugas dari luar negara tidak perlu kuarantin 10 hari. Mereka terkecuali dari Seksyen 15 Akta 342.

“Benarkah berlaku kekecohan di Airport Subang. Pegawai KKM sudah menunggu untuk urusan kuarantin bila rombongan PM sampai dari Jakarta. Katanya mereka tidak mahu kuarantin 10 hari? Rakyat perlu penjelasan,” Mohd. Puad.-SM

 

 

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button