Jenayah

113 laporan polis terhadap Siti Kassim

SEBANYAK 113 laporan polis diterima terhadap aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim berhubung kenyataan dimuat naik baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Siti Kassim akan dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pada 27 Mei lalu, satu siasatan dimulakan ke atas pemilik akaun Facebook ‘Siti Kassim’ kerana kenyataan didakwa membangkitkan pecah keamanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan.

Tambahnya, Siti Kassim turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kenyataan yang dikeluarkan Siti Kassim ialah “…You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children. Get It pis?” -SM

(Visited 497 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button