Nasional

Dua tokoh wanita sertai webinar YTF

Dua tokoh wanita terkenal iaitu Mantan Menteri, Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Ng Yen Yen dan Mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah

Syed Hasan Shahabudin diundang menjadi panelis slot ke-dua dalam program ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Sempena 20 Tahun Penubuhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ dari jam 11.30 pagi hingga 1 petang pada rabu 29 September 2021 ini.

Topik yang dipilih oleh dua ahli panelis hebat tersebut dalam program yang dianjurkan oleh Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri dan Masyarakat (CEICnet) UniMAP ini ialah ‘Perbualan Antara 2 Tokoh Wanita : Kepimpinan Dalam Dunia Pantas Berubah’.

Program sehari suntuk secara dalam talian tersebut akan dimulakan dengan titah ucapan perasmian yang akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada jam 9.15 pagi.

Ia disusuli dengan slot pertama berjudul ‘Yayasan Tuanku Fauziah : Permata Perlis’ yang akan disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Mantan Naib Canselor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan UniMAP Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Selepas berhenti rehat, pada sebelah petangnya bermula jam 2.30 petang pula slot Ke-3 dan terakhir akan disambung oleh Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, dengan tajuk menarik dan relevan iaitu ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.

Dalam pada itu Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Canselor UniMAP berharap melalui anjakan minda, paradigma dan sikap sangat diperlukan supaya segala usaha bagi mencetuskan kesedaran awam tentang cabaran, manfaat sosio-ekonomi dan cadangan memperkasa wanita mencapai penyelesaian mutlak.

Tuanku Raja Puan Muda yang juga merangkap Pengerusi YTF pula berharap dengan mengiktiraf para wanita Malaysia yang berpotensi seperti yang dilaksanakan oleh YTF dengan slogan ‘Women In Search Of Excellence (WISE)’ akan memastikan mereka dapat memainkan peranan dalam pembangunan negara dengan penglibatan dalam aktiviti kebajikan yang seterusnya menyumbang kepada kualiti hidup rakyat.

Orang ramai yang berminat untuk menonton webinar tersebut boleh ke fb rasmi UniMAP bermula 9.15 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4 petang dengan waktu rehat di antara 1 hingga 2.30 petang.

(Visited 498 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button