Nasional

KKD komited kurangkan kesenjangan digital agar tiada yang tertinggal – Fahmi Fadzil

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk mengurangkan kesenjangan digital agar tidak ada yang tertinggal dalam misi transformasi digital Malaysia.

Menteri, Fahmi Fadzil berkata, di pihak KKD, pelbagai inisiatif baharu telah diperkenalkan untuk mengurangkan kesenjangan digital.

“Antaranya melalui inisiatif menyediakan perkhidmatan internet di kawasan pedalaman dan mengusahakan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN.

“Dalam masa sama, Kerajaan turut menawarkan harga mampu milik data dan peranti 5G melalui inisiatif Pakej 5G RAHMAH,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Fahmi berkata demikian mengulas mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Penutup Malaysia ICT Summit 2023 yang tidak mahu ada kesenjangan digital antara mereka di bandar dengan mereka di pedalaman.

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button