Nasional

Vaksinasi terus Rumah Prihatin hanya untuk warganegara

Pengurusan Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons menegaskan bahawa pusat berkenaan hanya mengendalikan vaksinasi secara pendaftaran terus bagi warganegara sahaja.

“Kami ingin menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftaran terus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja,” kata pihak berkenaan dalam kenyataan.

Pihak berkenaan juga memaklumkan keadaan sudah terkawal.

https://fb.watch/7jqi7g1_Zh/

 

Berikut kenyataan penuh:

 

KENYATAAN MEDIA

VIDEO TULAR PELANGGARAN SOP DI RUMAH PRIHATIN

1. Kami ingin merujuk kepada video yang tular berdurasi 7 minit 15 saat yang menunjukkan kesesakan orang ramai di Rumah Prihatin @ Grand Seasons pagi ini.

2. Visual tersebut terjadi berpunca dari salahfaham dan berita kononnya Rumah Prihatin menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) vaksin untuk bukan warganegara, sedangkan pengambilan vaksin secara daftar terus untuk warga asing adalah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jalil. Akibatnya, “rush crowd” luar biasa berlaku di luar jangkaan pengurusan dan penguatkuasa.

3. Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai, walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL.

4. Program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan pihak-pihak lain. Pihak Rumah Prihatin kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

5. Kami ingin menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftaran terus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja.

Rumah Prihatin yang merupakan Hotel Kebajikan pertama di Malaysia, yang diuruskan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Hotel Grand Seasons, Hotel Pulse Grande – anak syarikat Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo). Page 2 of

Rumah Prihatin turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, lain-lain agensi kerajaan, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Rumah Prihatin berharap dapat membantu dalam mengkoordinasikan penyaluran bantuan serta perkhidmatan kepada penduduk Wilayah Persekutuan dengan lebih berkesan. Semoga insiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam membaikpulih keadaan darurat kesihatan, ekonomi, mental dan fizikal rakyat yang begitu terkesan akibat pandemik Covid-19.

 

 

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button