Jenayah

Dua rumah hangus terbakar

DUA rumah di Blok 10, Flat Sri Pulau Pinang, Taman Ikan Emas, Kuala Lumpur musnah dijilat api pada pukul 5.30 petang tadi.

Komander Operasi Kanan, Wan Mohd. Shahrir Azizi Wan Said berkata, kebakaran melibatkan dua buah rumah flat di tingkat satu dan dua.

“20 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak serta Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.23 petang dan tiada mangsa dilaporkan tercedera,” jelasnya.

Tambahnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button