Jenayah

Dua penjenayah lari dari polis, mati lemas dalam tali air

BERANI kerana benar, takut kerana salah. Disebabkan rasa bersalahlah mendorong dua lelaki melakukan tindakan nekad meloloskan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Lencongan Dua, Kangar, Perlis.

Tindakan mereka bagaimanapun telah mengundang padah apabila kereta curi yang dinaiki suspek terbabas ke dalam tali air lantas menyebabkan kedua-duanya lemas selepas gagal keluar dari kenderaan itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, kereta jenis Honda Civic yang dinaiki suspek berusia 25 dan 21 tahun itu terbabas ke dalam tali air di kawasan sawah Kampung Ujong Batu, Utan Aji setelah dikejar oleh polis.

“Kereta itu tenggelam dalam air. Beberapa orang kampung yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan suspek namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

“Hasil siasatan dan semakan lanjut ke atas nombor pendaftaran berkenaan merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang pada tahun 2015,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat dan kes  disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

 

(Visited 603 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button