Luar Negara

Korban Covid-19 melepasi 1,000,000 nyawa

JUMLAH kematian global akibat COVID-19 sudah melepasi sejuta orang, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University, korban di seluruh dunia sehingga kini seramai 1,000,555.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi iaitu 205,031 kes, diikuti Brazil (142,058), India (95,542), Mexico (76,430) dan United Kingdom (42,090).

Manakala sejumlah 33,273,720 orang diseluruh dunia dijangkit Covid-19 dan 23,056,480 kes telah pulih.

Amrika Syarikat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 7,147,241 kes, diikuti India (6,074,702), Brazil (4,745,464) dan Rusia (1,154,299).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.
(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button