fbpx
Bola SepakSukan

Dua pemain JDT II dipinjamkan ke Pahang

DUA pemain pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), iaitu Muhammad Fazly Mazlan dan S. Kumaahran sah dipinjamkan kepada pasukan Pahang bagi saingan Liga Malaysia 2020.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT;Johor Southern Tigers, hari ini.

Bernama difahamkan kedua-dua pemain berkenaan yang pernah beraksi dengan skuad kebangsaan, dipinjamkan ke Pahang untuk tempoh satu musim.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang dihubungi Bernama memaklumkan kedua-dua pemain berkenaan akan menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah dalam tempoh terdekat.

“Saya baharu sahaja mendapat berita mengenai perkara ini, dan saya tidak boleh mengulas lanjut sehingga mereka tiba di Kuantan,” katanya.

Muhammad Fazly yang beraksi di posisi pertahanan kiri, diserap dari skuad Piala Presiden Johor ke JDT II pada 2013, manakala Kumaahran yang bermain di posisi penyerang menyertai JDT II dari Pulau Pinang pada 2018.– BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button