fbpx
Luar Negara

Dua pekerja salon sebarkan Covid-19 kepada 140 pelanggan

DUA pekerja salon rambut di Missouri, Amerika Syarikat berpotensi untuk menyebarkan virus Covid-19 kepada 140 pelanggan dalam tempoh lapan hari mereka bekerja buan ini.

Jabatan Kesihatan Springfield-Greene mengumumkan pada Sabtu, pekerja salon yang kedua diuji positif Covid-19, dan kemungkinan menjangkiti 56 orang pelanggan.

Menurut laporan CNN, sehari sebelum itu, pihak berkuasa kesihatan mengumumkan seorang lagi pekerja salon yang sama dijangkiti virus berkenaan yang berpotensi menyebarkannya kepada 84 pelanggan dan tujuh rakan sekerja.

Kedua-dua pekerja salon itu mempunyai tanda-tanda dijangkiti Covid-19 ketika bekerja.

Mereka tidak memberikan butiran mengenai keadaan mereka atau bila mereka diuji positif.


Kejadian itu menunjukkan ancaman Covid-19 tersebar dalam komuniti di Amerika Syarikat apabila perniagaan kembali dibenarkan beroperasi selepas seminggu di arahkan tutup.

Tidak dapat dipastikan dari mana pekerja pertama itu terkena jangkitan tersebut, tetapi dipercayai ketika dia melancong.
Dia bekerja dari 12 Mei hingga Rabu, yang mana ketika itu perniagaan seperti kedai gunting rambut dan salon dibenarkan beroperasi. –
Lebig 97,000 orang maut di Amerika Syarikat akibat Covid-19 dengan lebih 1.6 juta kes yang disahkan positif.
Di Missouri sahaja ia mencatatkan 12,000 kes dengan 650 kematian. – CNN

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button