Nasional

Dua pekerja lori sampah terselamat, lori terbakar 60%

DUA pekerja pembersihan terselamat selepas sebuah lori sampah milik syarikat swasta musah dalam kebakaran di Jalan Besar Simpang, Taiping kira-kira 60 kilometer dari Ipoh.

Kejadian berlaku awal pagi tadi dan menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima satu panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.50 pagi.

Beliau berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah sebanyak 60 peratus.

“Dua pekerja sedang bertugas mengutip sampah di kawasan tersebut semasa kejadian namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 7 pagi tadi dan punca kejadian masih disiasat.

Identiti kedua-dua pekerja termasuk umur dan status kewarganegaraan pekerja berkenaan tidak didedahkan. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button