Nasional

Pencapaian FBK harumkan nama UPSI

FAKULTI Bahasa dan Komunikasi (FBK) , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengukir kejayaan manis yang membanggakan universiti pendidikan tersohor itu.

Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata pencapaian membanggakan itu bukan sahaja menaikkan imej fakulti malahan universiti berikutan ia merentas ke persada antarabangsa.
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Saipolbarin Ramli akan menyampaikan ucaptama di Jamal Mohamed Collage, Tamil Nadu , India dengan tajuk “Student Creativity Enhancement”.

Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad

Selain itu, Prof Madya Dr Muhammad Anas Al Muhsin dilantik sebagai Prof Adjung di Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan , Universitas Pelita Bangsa, Indonesia.
Beliau berkata FBK turut menerima dua pensyarah bahasa Melayu bagi Program Mobiliti Inbound Tenaga Pengajar Bahasa Melayu Antarabangsa (Uzbekistan) iaitu Puan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi dari Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS) manakala Puan Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna dari Uzbekistan State World Languages University ( UzSWLU) yang tiba hari ini.

Puan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi dari Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS) dan Puan Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna dari Uzbekistan State World Languages University (UzSWLU) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi.

Katanya, dalam usaha mengukuhkan lagi PdP Bahasa Melayu di Uzbekistan, UPSI sebelum ini bekerjasama dengan UzSWLU dan Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan menubuhkan Pusat Bahasa pada 2019.

“Pusat Bahasa yang dinamakan The Malaysian Language and Culture Centre itu terletak di UzSWLU dan kini beroperasi sebagai bilik kuliah kendalian guru Bahasa Melayu oleh Munisa Mukhtarova,” katanya.
“Mereka berdua akan menimba ilmu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu daripada tenaga akademik yang ada di FBK,” katanya.

Pelajar program bahasa Tamil yang mengikuti Program Silang Budaya Komuniti India Malaysia – Tamil dan Perpindahan Ilmu Pelajar Program Bahasa Tamil.

Baru-baru ini FBK berjaya menghantar tiga pelajar menjalani praktikal dari program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) menjalani praktikal di Uzbekistan State World Languages University ( UzSWLU) di bawah seliaan Dr Ariff Mohamad dan Dr Farah Natchiar Mohd Khaja Hamed Maricar serta empat pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil di Central University of Tamil Nadu, India di bawah penyeliaan Dr Ilangkumaran Sivanadhan.

Dr Ariff Mohamad (empat dari kiri) dan Dr Farah Natchiar (empat dari kanan) ketika menyelia pelajar praktikal di Uzbekistan State World Languages University (UzSWLU).

Selasa lalu, seramai 41 pelajar program bahasa Tamil berlepas berangkat ke A.P.C Mahaletcumi College Thutthukodi , Tamil Nadu, India mengikuti Program Silang Budaya Komuniti India Malaysia – Tamil dan Perpindahan Ilmu Pelajar Program Bahasa Tamil atas inisiatif Dr A Manomani Devi A/P M.A.R Annamalai.

Terbaharu dalam bidang perundingan, katanya, pensyarah bahasa Tamil, Dr Kaaminy Kanapathy berjaya memperolehi geran perundingan daripada Koperasi NLFCS Berhad dengan tajuk “ Bengkel Penulisan Cerpen Bahasa Tamil Bagi Pelajar SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist , Tanjung Malim”.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan kebanggaan atas pencapaian FBK yang aktif sehingga melakar kejayaan dalam penganjuran program mobiliti dan sangkutan kepada pensyarah, program pencarian bakat ‘Emcee Audition’, syarahan antarabangsa, bengkel penulisan artikel, serta program mobiliti Bahasa Melayu (tanpa kredit). -SM

Baca : UPSI, PTPM jalin kerjasama dengan 22 universiti Indonesia teroka inovasi teknologi pendidikan

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button