BeritaNasional

Raja Permaisuri Agong dan tulisan Jawi

DALAM kesibukan menemani Yang di-Pertuan Agong sempena lawatan rasminya ke United Kingdom, Raja Permaisuri Agong masih sempat berkongsi keprihatinannya terhadap peranan tulisan Jawi dan penggunaan bahasa Melayu kepada para pengikutnya.

Menerusi salah satu ciapan dalam Twitternya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dipercayai ketika itu berada di Perpustakaan British, menulis dalam bahasa Inggeris:

“read people read. Malay as in bahasa Melayu is one of the most widely used languages in the world and historically, Malay is written in Malay Jawi, a modified form of the Arabic alphabet. Colonialism brought in roman alphabets.

Terjemahannya boleh dibaca begini:

“baca rakyat baca. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang digunakan secara meluas di dunia, berdasarkan sejarah, tulisan Jawi dalam bahasa Melayu diubahsuai daripada tulisan Arab. Kolonialisme membawa masuk abjad Roman.”

Ciapan tersebut mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata mereka bersetuju dengan peranan serta kepentingan tulisan Jawi dan betapa penggunaan bahasa Melayu harus dibanggakan.

Selain melihat koleksi surat diraja dalam tulisan Jawi, Seri Paduka Baginda turut meninjau bahan manuskrip sepanjang lawatan dua jam ke perpustakaan tersebut.

Ia termasuk satu carta abad ke-17 mengenai Asia Tenggara dan pelan perancangan bandar Melaka.

Perpustakaan tertua itu mempunyai lebih 170 juta bahan merangkumi hampir semua bahasa dan kumpulan kepercayaan.

Seri Paduka dijadual berada di United Kingdom dari 9 hingga 16 Disember ini.

Kementerian Luar dalam kenyataannya memaklumkan, lawatan itu melambangkan kepentingan memelihara hubungan dua hala yang dijalin sejak sekian lama antara Malaysia dan United Kingdom, terutama antara kerabat diraja kedua-dua negara.

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button