Kebakaran

Dua maut dalam kebakaran sebuah banglo

KUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kebakaran sebuah banglo di Taman Gembira, di sini, pagi tadi.

Pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandaraya dalam satu kenyataan berkata, anggota bomba masih berada di lokasi kejadian mencari mangsa lain.

Jabatan itu berkata panggilan kecemasan diterima pada 6.22 pagi dan 35 anggota bomba dari balai bomba Seputeh, Pantai, Sri Petaling dan Hang Tuah tiba 10 minit kemudian.

Api berjaya dipadamkan pada jam 7.12 pagi.

“Kebakaran membabitkan sebuah banglo tiga tingkat berukuran 60×50 kaki persegi. Tingkat dua bangunan itu terbakar 100 peratus manakala tingkat satu rumah musnah 50 peratus.

“Dua lelaki yang melecur dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sebelum mereka dibawa ke hospital. Pasukan itu turut menemui dua mayat hangus di tempat kejadian. Operasi mencari masih diteruskan untuk menentukan sama ada terdapat mangsa lain.”

 

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button