NasionalParlimen

Malaysia tidak iktiraf tuntutan waris Sultan Sulu RM62.59 bilion

YANG mengarahkan Malaysia bayar pampasan RM62.59 bilion (AS$14.94 bilion) kepada waris Sultan Sulu ialah penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa. Bukan arahan Mahkamah Arbitrasi Perancis.

Kata Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan itu.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, Malaysia bukan sahaja tidak mengiktiraf, overback dengan Sultan Sulu tetapi belum dikenal pasti siapakah waris sebenar Sultan Sulu.

“Belum kenal pasti siapa waris sebenar Sultan Sulu. Ehsan daripada Kerajaan, buktikan siapa sebenar waris Sultan Sulu,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sebagai jawapan kepada soalan Ahmad Hassan (PAPAR) berhubung arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.

Wan Junaidi berkata, Mahkamah Arbitrasi Perancis tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara dan tidak ada bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara berbangkit.

Kata Wan Junaidi, apabila tuntutan waris Sultan Sulu dibawa ke Mahkmah Madrid, Sepanyol, timbang tara Gonzalo Stampa, terbatal. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button