Nasional

Dua lorong di Jalan Tun Razak ditutup

KUALA LUMPUR: Polis menutup dua lorong di hadapan pintu masuk utama Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak di sini, berikutan keretakan di jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi dengan kedalaman antara satu hingga lima sentimeter.

“Oleh itu, lorong kiri dan tengah ditutup, dengan lorong di sebelah kanan boleh dilalui.

“Siasatan dan kerja-kerja pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sedang dijalankan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan anggota polis di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03-2071 9999 atau talian hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button