NasionalUncategorized

Dua lelaki terlibat edar dadah ditahan

POLIS menahan dua lelaki berusia 35 dan 50 tahun selepas disyaki terlibat mengedar dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Taman Kuchai, Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintenden Mohd. Shokri Abdullah berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan dadah disyaki jenis serbuk MDMA (1.5 kilogram), ketamin (82 gram), ganja (88 gram), Erimin 5 (50 biji) dan pil ekstasi (76 biji).

“Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Shokri, kedua-dua suspek juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan aktiviti jenayah.

Ujarnya, mereka sudah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah selama sebulan dan kesemua dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 1,821 orang penagih dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button