fbpx
Nasional

Dua lelaki ditembak, tiga pelajar dirempuh

Tiga pelajar sekolah menengah cedera dirempuh manakala dua lagi ditembak dalam satu kejadian di Banting, Kuala Langat, Selangor tengah hari tadi

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

“Sebuah motosikal yang dinaiki dua suspek telah mengekori dan melepaskan tembakan ke sebhah kereta jenis BMW.

“Kereta tersebut dinaiki dua lelaki iaitu seorang pengawal peribadi dan seorang lagi lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terkena beberapa das tembakan di dada dan beberapa bahagian lain.

Jelasnya, mangsa kemudian cuba melarikan diri dan melanggar beberapa orang pelajar sekolah menangah serta merempuh beberapa buah kereta.

“Sehingga kini, tiga pelajar telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan leher akibat dirempuh.

“Semua mangsa termasuk yang ditembak telah dibawa hospital untuk menjalani rawatan kecemasan,” ujarnya.

Tambahnya, semua suspek yang terlibat sedang dikenal pasti dan motif kejadian dipercayai akibat pergaduhan antara dua kumpulan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button