Luar Negara

Anak penerbit terkenal ditahan, lepas badan wanita tak cukup sifat ditemui

Anak penerbit terkenal Hollywood, Sam Haskell IV, 35, ditahan oleh pihak polis dipercayai membunuh isterinya dan ibunya yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

Mayat badan wanita tanpa kepala ditemukan di dalam sebuah tempat pembuangan sampah di persekitaran rumahnya yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu.

Mayat wanita tidak sempurnah ditemukan di tong sampah

Berdasarkan dari rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi penemuan mayat tersebut, seorang lelaki menaiki kenderaan jenis SUV berwarna putih dilihat mengangkut satu barangan besar dari kereta lalu dibuang ke tempat sampah tersebut.

Walaupun mayat tersebut tidak dapat dipastikan lagi, namun polis percaya mayat itu merupakan Mei Haskell, 37.

Mei sebelum ini pernah dilaporkan hilang bersama kedua ibu bapanya, Gaoshan Li, 72 dan YanXiang Wang, 64.
Ketiga-tiga beranak ini difahamkan tingal bersama-sama di rumah mewah milik Sam.

Susulan daripada itu pihak polis bertindak menahan Sam dan dituduh dengan kesalahan membunuh.

Hasil dari perkahwinan Sam dan Mei dikurniakan tiga Cahaya mata berusia enam tahun, lapan tahun dan 12 tahun.

Artikle Berkaitan :>

Mayat terapung di tasik disyaki mangsa pembunuhan

TRAGEDI HITAM PEMBUNUHAN PENGHULU IMBAN AK MEDAN, 25 FEBRUARI 1972

(Visited 1,474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button