Jenayah

Rampasan dadah terbesar seberat 16 tan bernilai RM5.2 bilion

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamie di Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurut kenyataan JKDM rampasan seberat 16 tan dan terbesar itu hasil kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua 94.8 juta biji pil dadah itu disorokkan di dalam tayar troli.

“Siasatan awal mendapati kontena yang berisi dadah tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur,” katanya.

Untuk rekod sepanjang tahun 2018, JKDM telah merampas sebanyak 3.35 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM160 juta.

Pada tahun 2019 JKDM telah merampas sebanyak 4.75 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM790 juta.

Manakala tahun 2020, JKDM telah merampas sebanyak 2.86 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM117 juta.

“Kejayaan hasil kerjasama keselamatan ini dianggap sebagai suatu kejayaan terbesar dalam memerangi kartel dadah antarabangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.-SM

(Visited 778 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button