NegeriRencah Hidup

Perbanyak lokasi pelancongan secara digital, online, papan tanda

LEBIH banyak direktori dan peta lokasi yang memaparkan restoran-restoran popular secara digital, dalam talian dan fizikal dalam bentuk papan-papan tanda wajar dinaikkan di lokasi-lokasi tumpuan para pelancong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar selepas mencuba litar Go-Kart UniMAP.

Langkah ini akan memudahkan lagi para pelancong yang berkunjung khususnya buat pertama kali untuk merancang jadual perjalanan masing-masing bagi melawat destinasi-destinasi menarik dan pada masa yang sama juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba segala juadah unik yang ada di Perlis.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Pauh Putra.

Kayuhan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada sesi kali mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Mokti’s Ice Cream, NI Shin Ev Technology Sdn. Bhd. dan MYUS Autotech sebagai rakan strategik bagi menyantuni dan memberikan bantuan kepada tiga asnaf terpilih.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut sama menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi NI Shin Ev Technology Sdn. Bhd. Datuk Seri Rosman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MYUS Autotech Datuk Nellsen Phillipe Young dan Pengerusi Lembaga Pengarah Mokti’s Ice Cream iaitu Pengiran Muhammad ‘Adil Awang Iskanderdzulkarnain.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Pauh Putra.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyampaikan bantuan MAIPs kepada Mohamad Nor Murad, 50, Long Omar, 93 dan Khairil Haimizam Rasmi, 46.

Setiap asnaf menerima bantuan wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli, beras Fidyah dan beberapa sumbangan tambahan daripada rakan-rakan strategik yang hadir.

Baginda turut berkenan mengadakan kunjungan ke litar Go-Kart UniMAP Racing Circuit yang diusahakan oleh Xtreme Karting by Braaap sepanjang 1.2 kilometer yang terletak di dalam kawasan kampus tersebut yang boleh diakses dari pintu masuk utama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Pauh Putra.

Go-Kart SODIKart 270cc ini juga merupakan salah satu tarikan bagi memeriahkan dan merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung ini.

Pelancongan sukan ini turut menawarkan kepada orang awam terutamanya kepada peminat sukan bermotor ekstrem serta lasak dan berpeluang merasai pengalaman dan adrenalin sukan ini. – SM

BACA Penggiat industri pelancongan perlu bekerjasama – Raja Muda Perlis

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button