fbpx
Politik

Dua kesilapan besar Mahathir lantik Guan Eng, Tommy Thomas – Najib

DUA kesilapan besar Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menerajui kerajaan Pakatan Harapan tempoh hari sehingga menjadi percakapan rakyat adalah melantik Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Thomas Thomas peguam negara serta memenuhi syarat DAP untuk meraih sokongan menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Sebabnya, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sudah dimaklumi ramai ibarat `sudah terang lagi bersuluh’.

“Dah terang dalam 22 bulan guan eng jadi menteri kewangan, tak tahu apa dia buat… habis semua aset jual, apa lagi institusi Tabung Haji, LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) semua dah rosak. Tommy Thomas faham-faham sahajalah…Guan Eng…sekali gugur pendakwaan kesnya.

“Kalau Tun (Mahathir) cakap pasal rule of law tapi bawah pimpinannya bila sampai (kes) Guan Eng, Rafizi tak apa…gugur…(tapi bila) sampai UMNO…bercakap rule of law…kena dakwa di mahkamah kalau nak keadilan.


“Kalau kita disoal di mahkamah akhirat, kita kena adil pimpinan kita. Tuhan suruh kita adil, utamakan prinsip Islam,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA di Langgak Duta semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam mesej satu Syawal baru-baru ini mengajak rakyat pemimpih PH melawan kemungkaran selain Covid-19.

 

‘Perutusan’ beliau itu bagaimanapun ditempelak pihak tertentu yang mahukan anak supremo DAP Lim Kit Siang itu `mencermin diri’ terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Najib turut meminta Dr. Mahathir agar jangan lagi melabel orang Melayu sebagai `pemalas’.

“Tun kata ikat perut, Melayu malas, Melayu bacul tak suka DAP, semua ini negatif.

“Kalau tiap hari kita kata anak bodoh, malas, akhirnya dia jadi bodoh malas, tapi kalau kita kata anak cerdik rajin, tak apa lah ada sikit kekurangan kita bantu galakkan, akhirnya akan jadi anak berjaya bila dewasa.

“Sebab (anak itu) rasa ada orang menyokong bagi kekuatan moral, semangat pada dia. bukannya kita dok maki, herdik, maki Melayu malas bodoh.

“Sebab saya dah kenal ramai orang Melayu yang cukup rajin… yang CEO-CEO GLC yang berjaya rajin-rajin belaka, bukannya malas.” – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button