Nasional

Akademia disaran amal tujuh nilai demi kemajuan UPSI

Akademia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran melaksanakan tujuh nilai bagi memacu kemajuan dan masa hadapan universiti pendidikan tersohor itu ke peringkat antarabangsa.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Akademia 2022 Peringkat UPSI anjuran Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA) UPSI yang dihadiri lebih 1,000 akademia di Dewan Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah dan secara maya.

Prof Md Amin menyampaikan ucapan kepada ahli akademik UPSI.

Beliau berkata penerapan dan amalan tujuh nilai berkenaan adalah sebagai peneraju idea baharu pendidikan, rasa sayang dan bangga UPSI, kemenjadian pelajar, kebanggaan Muallim, kesegeraan dan idea luar biasa, ranking dan pengantarabangsaan serta kebajikan dan kesejahteraan.

“Warga UPSI perlu bersatu hati dengan penuh semangat kasih sayang
Kini, katanya, kewujudan UPSI dalam dunia pendidikan negara ini dirasai dan dihormati berikutan pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara berjaya dicapai.

Justeru, katanya, seluruh warga UPSI harus berbangga dengan segala pencapaian UPSI yang sekali gus mengangkat dan mewarnai imej daerah Muallim.

Md Amin juga melahirkan harapan tentang budaya kerja kesegeraan dalam tindakan supaya sistem pengurusan lebih pantas dan berkesan.

Prof Datuk Dr Md Amin bersama akademia UPSI semasa menyambut Hari Akademia Peringkat UPSI di Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah Rabu lalu.

Selain itu, katanya, akademia UPSI perlu menampilkan idea-idea yang luar biasa supaya institusi yang memiliki lebih 15,000 pelajar pelbagai bidang pendidikan itu menjadi rujukan masyarakat.

“Dengan melahirkan idea yang luar biasa dalam penyelidikan, penerbitan dan pengkomersialan ia akan memperkasakan UPSI untuk berdiri teguh seperti universiti lain,” katanya.

Beliau berkata antara indikator yang menjadi tarikan dan mendapat pujian pelbagai pihak baru-baru ini ketika UPSI menjadi tuan rumah dan menyempurnakan majlis pelancaran SUKIPT yang meriah seolah bertaraf sukan Komanwel.

Selain itu, katanya, UPSI juga memberi penekanan terhadap kedudukan dan pengantarabangsaan sebagai inisiatif untuk membariskan UPSI bersama universiti ternama lain di negara ini dan dunia.

“Namun begitu, kita tidak boleh melupakan hal kebajikan dan kesejahteraan warga UPSI, malah perlu menghargai pengorbanan ahli keluarga dalam kesibukan akademia bertungkus-lumus mengejar kejayaan demi universiti,” katanya.

Md Amin turut memuji akademia yang bekerja dengan penuh kegembiraan dan keseronokan sehingga mencapai kejayaan yang menaikan nama UPSI seperti yang disaksikan hari ini.

Beliau berkata UPSI mempunyai kelebihan dan keistimewaan berikutan terletak di kaki Banjaran Titiwangsa yang dilatari suasana indah sekali gus menimbulkan semangat bekerja yang menyeronokkan dan menenangkan.

Presiden PEKA, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah menganggap Hari Akademia bertepatan dengan semangat menghargai sumbangan akademia UPSI yang gigih menaikkan nama UPSI.

Prof Md Amin menerima cenderamata daripada Presiden PEKA, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah.

Akademia UPSI, katanya komited dalam melaksanakan gagasan yang ditetapkan oleh pengurusan UPSI selari dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam akademik, penyelidikan, penerbitan, perundingan serta pengkomersialan.

Hadir sama pada majlis turut diadakan cabutan bertuah dan hadia itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof Dr Marzita Puteh; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canslelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin; Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari, Mohamed Najib Mohamad.

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button