Nasional

Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang

JABATAN Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengesahkan terdapat dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS).

Walau bagaimanapun dalam kenyataan itu, tidak pula diberikan maklumat terperinci berhubung dua kes JE itu.

Menurut kenyataan JKNPP, semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE khususnya daripada lokaliti Sungai Bakap dan amnya daerah SPS bagi membendung wabak tersebut.

“Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018.

“Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes-kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit itu,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama, mulai 12 Mei lalu, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS juga melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti terlibat dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi.

Kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus juga akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa, katanya.

JKNPP turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penularan penyakit JE.
Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang

Antaranya, melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah.

Adalah dinasihatkan, orange rama segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya mengalami demam dan tanda-tanda penyakit JE.

Penyakit JE adalah disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex daripada khinzir yang telah dijangkiti kepada manusia.

Pun begitu, transmisi virus tersebut tidak boleh berlaku daripada manusia atau individu yang dijangkiti kepada manusia lain. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button