Ekonomi

AmInvest umum RM73.9 juta dalam pengagihan pendapatan

AmInvest telah mengumumkan pengagihan pendapatan untuk 19 unit amanah dan dana-dana borong dari Januari 2023 hingga Mac 2023. Jumlah pengagihan pendapatan bersih, merangkumi dana-dana konvensional dan patuh-Shariah dalam pelbagai kelas aset, adalah sebanyak lebih kurang RM73.9 juta.

AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. AmInvest ialah pengurus dana pemenang pelbagai anugerah yang berpangkalan di Malaysia dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam pelaburan, menguruskan kedua-dua dana amanah konvensional dan patuh-Shariah, dana borong, mandat institusi, Dana Didagangkan di Bursa (“ETF”) dan Skim Persaraan Swasta.

“Kami gembira dapat menyampaikan pengagihan pendapatan ini kepada pelabur- pelabur kami yang dihargai walaupun berdepan dengan persekitaran pasaran yang mencabar. Kami sentiasa berwaspada dan memerhatikan impak iklim pelaburan global bagi memperhalusi dan memberi respons kepada keperluan pasaran tempatan, memanfaatkan sepenuhnya ketaktentuan pasaran dan menyampaikan pulangan jangka panjang kepada para pelabur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Berhad, Goh Wee Peng.

Pengagihan pendapatan yang diumumkan untuk AmConservative (“Dana”), salah satu daripada dana-dana yang terlibat, menunjukkan kadar hasil pengagihan pendapatan yang tinggi sebanyak 101% disebabkan pengeluaran dan pengagihan wang pada Disember 2022 dan Januari 2023 berkaitan pelaburan Dana dalam bon-bon yang dikeluarkan oleh Aldwich Berhad, yang digambarkan dalam Nilai Aset Bersih (“NAB”) Dana untuk tempoh yang sama.

Sementara itu, AmIncome Institutional 1 dan AmIslamic Institutional 1, setiap satunya merekodkan kadar hasil
pengagihan pendapatan sebanyak 3.8%.

AmInvest terus dikenali kerana kepakarannya dalam menguruskan pelaburan dan baru-baru ini telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Penyedia ETF Terbaik Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut oleh The Asset, Pengurus Dana Islam Terbaik Malaysia dan Firma Dana Insurans Terbaik Malaysia untuk tahun keenam
berturut-turut oleh InsuranceAsia News dan Inisiatif Penglibatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Terbaik di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut oleh Asia Asset Management. – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button