Ekonomi

Bulan Bintang lancar kempen ‘The Terrrrpaling Raya’ dengan pertunjukkan fesyen gilang gemilang

Tawar hadiah terkumpul benilai RM 3 juta berupa kereta dan pelbagai hadiah menarik untuk pelanggan bertuah

JENAMA pakaian terkemuka Bulan Bintang telah mengadakan pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show yang juga mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang.

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha. Pertunjukan fesyen ini juga dikejutkan dengan pengunguman Remy Ishak sebagai duta koleksi Baju Melayu Teluk Belanga.

Azzim Zahid Azmi, atau lebih dikenali sebagai Meri, Pengasas Bulan Bintang juga telah berkongsi tentang produk terkini Bulan Bintang selain penambahbaikan yang dilakukan melalui sesi ucaptama (keynote) bagi memastikan produk Bulan Bintang pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Persembahan artis tempatan turut menghangatkan lagi malam tersebut dengan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngster Dancer, Aina Abdul dan Kugiran Masdo.

Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show kali ini dimeriahkan lagi dengan pertunjukan barisan model bersaiz besar dan keluaran koleksi terbaru yang mempunyai saiz sehingga 5XL. Bulan Bintang juga telah memberi pengumuman rasmi mengenai kolaborasi mereka bersama jenama tempatan iaitu Zus Coffee, Hausboom, Origina, Ninja Van, TikTok Shop dan Pemenang 3 Dimensi Animasi Ejen Ali.

Pertunjukan ini juga telah melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang. – SM

Artikel berkaitan > Hannah Delisha jadi adiwira wanita demi Bulan Bintang

 

 

(Visited 664 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button