fbpx
Hiburan

Dua kali saringan, anggota kumpulan Alif & The Locos positif Covid-19

SEORANG daripada anggota kumpulan Alif & The Locos yang membuat persembahan bersama Alif Satar pada separuh akhir Muzik-Muzik Jumaat lalu turut disahkan positif Covid-19 hari ini.

Berkongsi perkara ini di laman Instagram miliknya, Rajwan yang juga pemain drum kumpulan itu memberitahu dia hanya tahu dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian calitan kali kedua pada 23 November lalu.

“Salam teman-teman semua.. Buat pengetahuan semua, semalam pada 23hb saya telah membuat swab test kali kedua.

“Dan pada pagi tadi (semalam) pihak hospital telah mengesahkan saya positif Covid-19. Saya memohon doa dari teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” tulisnya.


Ahad lalu penyanyi Alif telah disahkan positif Covid-19 selepas dua hari menunggu keputusan ujian saringan.

Disebabkan keputusan itu, kesemua artis dan krew yang terlibat pada separuh Muzik-Muzik 35 pada Jumaat lalu turut melakukan ujian saringan Covid-19.

Sementara itu ketika ini ruangan komen Instagram Rajman turut mendapat perhatian ramai selebriti yang mendoakan dirinya. -SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button