NasionalNegeri

Pemangku Raja hadir graduasi program celik kewangan Smart Reader

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke majlis “Most Children Graduated From A Financial Literacy Programme” anjuran bersama Smart Reader Worldwide dan juga Hong Leong Bank di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU) Shah Alam, Selangor.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Smart Reader, Datuk Seri Dr Richard Ong dan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Hong Leong Bank, Kevin Lam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cederamata sempena majlis “Most Children Graduated From A Financial Literacy Programme” anjuran bersama Smart Reader Worldwide dan juga Hong Leong Bank di Dewan Canselor, MSU, Shah Alam, Selangor.

Hong Leong Bank dan Smart Reader Worldwide telah mengadakan majlis graduasi untuk pelajar Smart Reader Kids yang menyertai program celik kewangan.

Program ini juga telah mencipta sejarah apabila secara rasmi telah dimasukkan dalam “Malaysia Book of Records” bagi “Pelajar paling ramai yang menamatkan pengajian daripada program celik kewangan”.

Program celik kewangan ‘DuitSmart Kid’ adalah inisiatif Hong Leong Bank ‘DuitSmart’, yang telah dilancarkan untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang kewangan dan kemahiran pengurusan wang yang akan membantu memupuk dan menyemai tabiat kewangan yang baik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pelajar pada “Most Children Graduated From A Financial Literacy Programme” anjuran bersama Smart Reader Worldwide dan juga Hong Leong Bank di Dewan Canselor, MSU Shah Alam, Selangor.

Kurikulum ini juga memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun melalui 10 video yang disediakan oleh Hong Leong Bank melalui kepakaran mereka iaitu sebagai penasihat kewangan dan digunakan semasa waktu persekolahan di semua pusat Smart Reader di sekitar Malaysia.

Dalam ucapannya Kevin menyatakan sebagai sebuah insitusi kewangan, pihaknya memainkan peranan yang sangat penting memberi pendedahan mengenai celik kewangan dan menyediakan instrumen yang terbaik untuk membantu kanak-kanak dalam proses pendidikan kewangan mereka.

“Kami mahu menyediakan peluang kepada semua orang untuk belajar tentang pengurusan wang dan berupaya untuk menguruskan wang mereka sendiri,” katanya.

Jelasnya, melalui ‘DuitSmart Kids’, pihaknya berharap dapat memperkasakan generasi akan datang dengan ilmu pengetahuan yang dapat menjamin kewangan meraka padan masa hadapan dengan selamat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbincang sesuatu dengan Robert pada “Most Children Graduated From A Financial Literacy Programme” anjuran bersama Smart Reader Worldwide dan juga Hong Leong Bank di Dewan Canselor, MSU, Shah Alam, Selangor.

Manakala Richard pula percaya pelajar hari ini akan mendapat manfaat yang banyak dengan memiliki pengalaman melalui pendidikan holistik, dan pendidikan kewangan yang merupakan komponen penting untuk masa depan generasi akan datang.

Melalui program DuitSmart Kids, pelajar dapat belajar untuk menghargai dan memahami nilai wang melalui 4 konsep utama iaitu “Earning, Saving, Spending and Sharing”.

“Dengan ini, mereka akan membuat keputusan kewangan yang lebih baik, dan sedar tentang sebarang risiko tertentu dalam menguruskan kewangan mereka,” katanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah supaya usaha murni Smart Reader Worldwide dan Hong Leong Bank yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun mengenai celik kewangan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi oleh semua pihak.

“Ilmu pengetahuan mengenai kewangan merupakan antara keperluan yang sangat penting terutamanya dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar ini,” titah Baginda. – SM

BACA Teroka sumber baharu datangkan hasil negeri – Pemangku Raja Perlis

BACA Pemangku Raja hadir penyerahan biasiswa Smart Reader Kids

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button