Hiburan

Dua kali keguguran: Kajol, Ajay Devgan kongsi pengalaman pahit

PASANGAN selebiriti Bollywood, Kajol dan suami, Ajay Devgan mengakui, sepanjang perkahwinan mereka, ada masa-masanya mereka berhadapan dengan kesukaran tetapi tetap setia mendukung antara satu sama lain.

Seperti juga pasangan suami isteri yang lain, Kajol dan Devgan tidak dapat lari daripada diduga dengan cabaran dalam menjalani kehidupan bersama.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan selebriti popular ini, terutamanya Kajol ialah mengalami dua kali keguguran.

“Mengalami keguguran adalah pengalaman pahit sekali. Bukan sekali tetapi dua kali kami kehilangan cahaya mata namun kami tidak menyesal.

“Yang penting pada ketika itu ialah nyawa Kajol. Sejurus doktor memaklumkan kepada kami tentang risiko terhadap ibu dan baby dalam kandungan, kami dengan cadangan doktor walaupun terpaksa kehilangan bayi dalam kandungan,” kata aktor filem Dilwale itu.

Berita kehamilan Kajol disambut dengan penuh kegembiraan dan berita sedih keguguran diterima dengan baik oleh Kajol dan Devgan.

“Sudah tentu kami berdua gembira dan teruja  apabila mendapat tahu bahawa saya hamil berdasarkan ujian darah yang dilakukan.

“Memang kami merancang buat sekian lama jugalah untuk menimang cahaya mata dan seingat saya, ketika filem Kabhi Kusyi Kabhi Gam (K3G) mendapat sambutan hangat, saya pula tidak dapat meraikannya kerana berada di hospital.
“Saya keguguran ketika itu dan saya tidak dapat untuk berkongsi rasa gembira tentang kejayaan filem K3G,” kata Kajol.

Selepas pengalaman itu, sekali lagi (buat kali kedua) Kajol mengalami keguguran dan kali ini, ia adalah saat yang lebih menyukarkan baginya.

“Mujurlah kami ada dua orang cahaya mata iaitu Nysa dan Yug dan dengan kehadiran dua orang permata hati kami ini, keluarga kami seakan sudah lengkap,” ujar Kajol.

Nysa kini berusia 17 tahun manakala Yug, 10 tahun. – SUMBER GEO NEWS – SM

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button