NegeriPendidikanRencah Hidup

Dua guru dirai jemaah wanita Masjid Wang Besar, Bintong

GURU bukan saja mengajar di sekolah. Gelaran seorang “guru” sebenarnya lebih meluas dan menjurus kepada sesiapa sahaja insan yang mengajar ilmu termasuk agama.

Sebagai menghargai jasa guru sempena Hari Guru dan juga dengan Syawal yang masih ada maka Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita, Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong, Kangar telah menganjurkan sambutan Aidilfitri, semalam.

Guru dan jemaah wanita pada majlis Aidilfitri di Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong, Kangar.

Dua guru berkenaan adalah Ustaz Mohd Rizal Azizan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Ustazah Azizah Mat Isa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Kira-kira 40 jemaah wanita yang mengikuti kedua kelas guru ini hadir.

Ustaz Mohd Rizal mengadakan kuliah setiap Jumaat pada pukul tiga petang manakala Ustazah Azizah setiap Ahad juga pukul 3 petang.

Fauziah (tengah) gembira diraikan apabila kebetulan sama tarikh hari lahirnya dengan majlis Aidilfitri di Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong, Kangar.

Menurut Ahli Jawatankuasa (Wanita) Masjid Nurul Hikmah, Fauziah Othman buat pertama kali sambutan ini diadakan di masjid ini yang dibuka semula sejak Ramadan lalu.

Katanya, selama dua tahun masjid ini ditutup kerana kerja-kerja pengubahsuaian.

“Sambil meraikan dua guru ini, kita juga meraikan Aidilfitri bersama rakan sepengajian,” katanya yang dibantu oleh rakan AJK, Rosni Salim atau lebih dikenali sabagai Kak Ah.

Kata Fauziah, bagi melaksanakan majlis ini ada kalangan rakan pengajian yang menghulurkan sumbangan duit dan juga makanan.

Beliau berkata apa penting berpeluang meraikan guru dan mengerakkan ukhuwah di kalangan rakan sepengajian.

Katanya, sekalipun majlis ini agak ringkas yang diadakan selepas kelas pengajian Ustaz Mohd Rizal tetapi jemaah wanita kelihatan gembira kerana dapat menikmati juadah Aidilfitri bersama-sama. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button