Nasional

Dua ditahan rasuah pegawai hidupan liar

DUA lelaki ditahan selepas disyaki memberi rasuah kepada pegawai hidupan liar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjumlah kira-kira RM30,000

Menurut sumber, suspek berusia 48 dan 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Sibu, Sarawak kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika hadir memberikan keterangan.

“Kejadian berlaku ketika operasi yang dijalankan oleh SFC mendapati lima buah kedai ubat menjual ubat-ubatan berasaskan haiwan secara tidak sah dan ia merupakan kesalahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998).

“Bagi mengelakkan kompaun yang tinggi dikenakan, kedua-dua suspek dikatakan bertindak menyogok pegawai hidupan liar SFC tersebut dengan wang rasuah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, Kedua-dua suspek akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Sibu pada esok untuk permohonan reman. -SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button