Politik

Belanjawan: Menteri Kewangan resah hilang kuasa, keluar kenyataan tidak berasas

AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Kewangan dan pemimpin kerajaan berhentin dari mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkaitan sokongan terhadap Belanjawan 2021.

Dr. Mahathir mendakwa, Menteri Kewangan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan kini dalam keresahan akan kehilangan kuasa dan mengeluarkan kenyataan hanya untuk menakut-nakutkan rakyat demi kelangsungan politik.

“Saya berharap Menteri Kewangan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan yang di dalam keresahan kehilangan kuasa berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas, yang menakut-nakutkan rakyat semata-mata untuk kelangsungan politik mereka,” kata Dr. Mahathir dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan menteri kewangan dan mana-mana pemimpin kerajaan yang mengugut ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 sebagai amat tidak bertanggungjawab.

Dr. Mahathir menegaskan tidak ada asas untuk menteri kewangan dan mana-mana pemimpin kerajaan memberi alasan bahawa jika Belanjawan 2021 ditolak maka penjawat awam dan barisan hadapan tidak akan menerima gaji dan pencen.

Menurutnya, ketika beliau menjadi perdana menteri belanjawan 2000 telah dibentangkan dalam bulan Oktober dan tidak dibahaskan kerana Parlimen dibubarkan pada November tahun 1999 bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-10.

“Setelah pilihan raya selesai, Kerajaan dengan mandat baharu telah mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat untuk peruntukan awal bagi perbelanjaan Kerajaan selama dua atau tiga bulan sementara menunggu persidangan Khas Belanjawan diadakan pada bulan Februari 20202.

“Peruntukan awal ini memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak tertanggu dan gaji, pencen serta elaun penjawat awam tidak terjejas.

“Peruntukan ini juga termasuk pembayaran untuk peruntukan-peruntukan tambahan yang lain sama ada untuk kementerian-kementerian ataupun untuk memudahkan kehidupan rakyat,” kata Dr. Mahathir.

Pada 14 November lalu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya pada sidang media.

Jelas Dr. Mahathir, kenyataan Tengku Zafrul itu secara langsung bertujuan mengekang ahli-ahli Parlimen dari melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan Belanjawan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan parti yang memerintah.

“Jika itulah pendirian Menteri Kewangan dan pemimpin Kerajaan ia bermakna ahli-ahli Parlimen perlu memberi ‘blank cheque’ dan menyokong untuk kelulusan Belanjawan tersebut walaupun terdapat kecacatan yang nyata di dalam Belanjawan tersebut,” katanya.-SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button