Kebakaran

Dua beranak rentung rumah terbakar

Wartawan Suara Merdeka

ALOR GAJAH 8 Julai – Dua beranak rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di 5439 KM 35 Kampung Cherana Putih dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, dua mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Allahudin Abd Hamid, 51, dan anaknya, Mohamad Badrul bin Allahudin, 5,.

Menurutnya, mayat Allahuddin ditemui di dalam bilik air manakala mayat anaknya pula berada di ruang bilik utama dalam keadaan seluruh tubuh mangsa hangus terbakar.

“Maklumat awal yang diperolehi daripada saudara mangsa, hanya kedua-dua beranak itu mendiami rumah separa papan mempunyai dua bilik itu.

“Allahuddin tinggal berasingan dengan isterinya manakala anaknya yang turut rentung adalah anak kepada isteri kedua mangsa,” ujarnya hari ini.

Arshad berkata, lebih kurang pukul 2.00 pagi Balai Polis Simpang Ampat telah menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah serta sembilan anggota menerima panggilan kira-kira pukul 1.56 pagi dan mengambil masa 13 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Beliau berkata, anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan berjaya menemukan kedua-dua mangsa yang telah rentung di rumah berkenaan.

Ujarnya, punca kebakaran masih disiasat dan mayat kedua-dua mangsa yang rentung telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Jelasnya, siasatan di tempat kejadian turut disertai pihak forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dàn forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button