Nasional

Dua beradik lemas dalam kolam renang hotel

DUA beradik masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun ditemukan lemas di kolam renang ketika beriadah bersama keluarganya di sebuah hotel, di Ipoh, Perak, semalam.

Ketua Polis Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 6.10 petang semalam.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun yang datang untuk mandi-manda di kolam renang itu bersama bapa dan abang.

“Mayat dua beradik berasal dari Ipoh itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menaiki ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Hasil bedah siasat ke atas mayat kedua-dua mangsa mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana mengabai dan mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – SM

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button