Politik

Shafie yang pinggir rakyat Sabah, utamakan kroni

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaako memulang paku buah keras apabila menyelar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal terlalu mengutamakan kroni hingga meminggirkan rakyatnya.

Kerajaan BN, kata Shafie, tidak pernah meminggirkan pembangunan di Sabah, sebaliknya negeri itu dipinggirkan oleh ketua menterinya, Mohd Shafie Apdal sewaktu memegang jawatan menteri.

Ismail Sabri mendakwa dalam tempoh tujuh tahun menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie tidak membangunkan Sabah.

“Dia (Shafie) kata BN tak jaga rakyat Sabah, masa itu (waktu jadi menteri) duit berbilion di tangan dia, yang tak jaga rakyat Sabah waktu itu Shafie.

“Dia tak jaga rakyat Sabah, dia tak belanja untuk Sabah, dia belanja hanya di Semporna, itu pun orang Semporna pertikai, banyak projek diberi pada kroni.

“Sebenarnya kalau Sabah tak maju di luar bandar, bukan salah BN. Salah Shafie yang ketika itu jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kini ketua menteri Sabah,” katanya ketika berkempen di Membakut, malam tadi.

Ketika beliau menerajui kementerian itu pada 2015, kata Ismail Sabri kerajaan BN memperuntukkan sebanyak RM1.25 bilion setiap tahun untuk Sabah.

Shafie ketika berkempen di Kimanis menyalahkan BN sekian lama mengabaikan negeri itu daripada arus perdana pembangunan negara.

Oleh itu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis beliau mengajak pengundi menolak calon BN, Mohamad Alamin.

PRK kali ini menyaksikan kerusi yang sebelum ini diisi oleh Datuk Seri Anifah Aman akan direbut oleh Alamin dan calon Warisan, Karim Bujang.

SPR menetapkan 18 Januari ini untuk hari pengundian, manakala pengundian awal empat hari sebelum itu.

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button