Luar Negara

Bot persiaran 24 penumpang hilang di pantai Hokaido

4 mangsa ditemui tidak sedarkan diri

EMPAT penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido, Jepun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dalam kemas kini semalam, penyiaran NHK melaporkan, penyelamat menjumpai tiga lagi penumpang namun keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Pada Sabtu lalu, bot persiaran KAZU 1 menghantar isyarat kecemasan selepas belayar meninggalkan pelabuhan Utoro di Hokkaido.

Bot itu membawa 24 penumpang termasuk dua kanak-kanak serta dua anak kapal.

Sebuah helikopter dan kapal peronda telah dihantar ke lokasi bot itu disyaki hilang tetapi penyelamat gagal menemui bot berkenaan. – SM

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button