Uncategorized

Hutang negara masih di bawah had statutori ikut undang-undang

HUTANG Kerajaan Persekutuan masih di bawah had statutori 60 peratus mengikut undang-undang iaitu 58 peratus daripada Keluaran Dalan Negara Kasar.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, had statutori 60 peratus adalah had statutori untuk instrumen hutang yang diterbitkan Kerajaan iaitu MGS, MGII dan MITB.

Katanya, jumlah hutang bagi tiga instrumen terbitan Kerajaan tersebut pada akhir Disember 2020 adalah 58 peratus daripada KDNK.

Menurutnya, pihak yang merujuk hutang negara mencecah 62 peratus pada hujung 2020 merupakan rangkuman semua hutang yang mempunyai had statutori yang berbeza.

“Instrumen hutang lain pula mempunyai had statutori lain iaitu;⠀RM35 bilion untuk pinjaman luar negeri; dan⠀
RM10 bilion untuk hutang Bil Perbendaharaan Malaysia. ⠀

“Jumlah hutang Kerajaan untuk dua instrumen di atas masih di bawah had statutori. ⠀

“Apabila ada pihak merujuk kepada hutang negara mencecah 62% pada hujung 2020, ia sebenarnya adalah rangkuman semua hutang di atas.

“Tapi seperti yang saya jelaskan, setiap komponen ada had hutangnya sendiri dan ia tidak pernah melepasi had hutang mengikut undang-undang,” terang Tengku Zafrul.

Beliau berkata, ketika ini keutamaan Kwerajaan adalah membantu rakyat hadapi cabaran COVID-19.

Menjelaskannya, dalam keadaan ekonomi biasa kerajaan perlu menyeimbangkan di antara perbelanjaan untuk rakyat dan kadar hutang negara namun apabila negara berada dalam krisis ekonomi, maka keperluan perbelanjaan untuk rakyat akan lebih besar menyebabkan paras hutang juga meningkat. ⠀

“Ekoran itu, Kerajaan telah meletakkan kepentingan untuk membantu rakyat sebagai keutamaan, termasuk dengan menyuntik sejumlah RM340 bilion ke dalam ekonomi melalui beberapa siri pakej stimulus. Ia menaikkan hutang tanpa melepasi had statutori seperti yang telah dijelaskan di atas. ⠀

“Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan akan terus memantau hutang negara bagi memastikan ia terkawal bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan agensi antarabangsa.

“Tanpa keyakinan mereka, rakyat akan terkesan dengan pelbagai kesan negatif seperti kurangnya pewujudan pekerjaan dan peluang perniagaan,” katanya.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa hutang negara telah mencecah 60 peratus.

Beliau menasihatkan kerajaan supaya membawa usul menaikkan kadar menaikkan kadar hutang negara di Parlimen.

Najib yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap menteri terbabit jika kadar hutang baharu tidak diperbetulkan dan dilulus Parlimen.

“Sekiranya kerajaan bertukar tangan lagi pada masa hadapan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap menteri-menteri kerajaan PN jika keadaan ini tidak diperbetulkan dan dilulus Parlimen.

“Jadi, kerajaan PN perlu jujur dan perbetulkan keadaan secepat mungkin. Bawalah usul baru untuk menaikkan lagi had hutang untuk diluluskan dalam parlimen sebagaimana kerajaan PN pernah buat pada bulan Ogos tahun lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.-SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button