Ekonomi

Malaysia tidak iktiraf kriptowang

PADA sidang Parlimen yang berlangsung minggu ini, Timbalan Menteri Kewangan II telah menjelaskan yang mana kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum tidak diiktiraf sebagai matawang yang sah diperlakukan di Malaysia, dan bukan merupakan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Perkara ini telah pun diramal oleh pera pelabur asset digital, dan hanya mata wang ringgit adalah matawang tunggal yang sah diperlakukan di Malaysia. Sekiranya sesuatu matawang baharu diiktiraf, ia akan memerlukan semua aktiviti dagangan dalam negara turut menerima penggunaan matawang berkenaan.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kewangan II turut mengatakan kriptowang tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan tidak menunjukkan ciri universal wang.

Kriptowang lebih dilihat sebagai aset digital di Malaysia, dan beberapa kriptowang telah disahkan untuk tujuan berkenaan. Luno sendiri berkongsi sebelum ini mengatakan terdapat lebih 600,000 pengguna di platform mereka, yang menyimpan aset digital bernilai lebih RM2 bilion. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button